Saturday, 27 December 2014

Limitless Dan NZT-48

Aku percaya mesti ramai yang dah pernah tgk filem "limitless" lakonan Bradley Cooper. Filem ni pernah ditayangkan berkali2 di astro 131. Memang tak dinafikan ni antara filem kegemaran aku. Setiap filem berkenaan seseorng menggunakan semaksimumnya potensi otak akan sangat2 menarik perhatian aku.



Secara ringkas tentang filem ni. Kisah tentang seorng penulis yang mengalami berbagai tekanan dan masalah. Tapi setelah die diperkenal kan dengan sejenis pil NZT-48, hidup dia mengalami perubahan yg drastik. Dia menjadi seorng yg genius dan powerful. Kehidupan x lagi gelap seperti sebelumnya. Dia mula melihat keindahan hidup ni. Dapat belajar dgn pantas, dapat recall perkara2 lepas dgn pantas. Keupayaan otaknya dapat digunakan semaksimum yg boleh.Dari nobody dia jadi somebody.  Tapi selepas kesan pil habis die kembali normal dan mengalami side2 effect yg sangat dahsyat.  Korang yang belum tengok bole la cari movie ni coz mmg layan gile.

Persoalan tentang movie ni ialah tentang pil NZT-48 ni betul wujud ke? Aku banyak google tentang pil ni dan kesimpulannya pil NZT-48 ni hanya wujud dalam filem ni je..haha.. Actually member aku ckp pil ni more similar to dadah syabu atau ais, tapi aku mmg x tau coz aku mm x penah amik benda tu. Tapi selepas aku mengoogle lagi tentang NZT-48 ni, aku mendapati ramai yg cakap pil yg paling hampir sama dgn NZT-48 ni ialah pil "Modafinil" yang digelar smart drug di oversea. 




Modafinil atau pun nama lainnya Provigil merupakan ubat yang digunakan bagi masalah tidur yg berlebihan dan sebagainya. Boleh juga digunakan bagi masalah2 seperti ADHD, ketagihan, mengurangkan selera makan dan banyak lagi. Tapi kebanyakan pengguna yang aku lihat di luar negara guna pil ni untuk tahan mata bg pekerja shift malam. Ada juga student yang guna pil ni untuk bg diorng fokus ketika belajar dan disebabkan itu la ia dipanggil the smart drug. Pil ni memang bole memberikan fokus yg tinggi pada penggunanya. Mengikut bahan bacaan aku, ubat ni x la mendatangkan ketagihan tapi masih mempunyai banyak kesan sampingan.


Disebabkan terlalu banyak membaca tentang pil ni, aku teringan plak nk mencuba. Nak la tau, betul ke bole jadi macam dalam filem limitless tu..haha.. So aku pun memulakan pencari di internet. Kebanyakan seller yg aku jumpe semua dari oversea. Dan yg paling murah adalah dari india. So aku terus mencari dan sekali terjumpe seller dalam satu forum ni. Seller tu bukan la supplier pil ni cuma die sebenarnye pengguna pil ni dulu dan die ada lebihan dalam 4 biji je. Jadi aku pun contact la die dan nk beli pil yg ada tu. dia jual aku utk 4 biji dgn harga Rm50. Aku just nk mencuba dan setelah mendapat Modafinil keluaran Sun Pharma tu, aku pun x tunggu lagi. First aku telan sebiji dan serious aku x rasa apa2 sgt selepas sejam. So lepas tu aku decide telan lagi satu biji dan selepas half an hour baru aku dapat rasa fokus coz aku telan tu masa tgh wat keje. Untuk pengetahuan korng modafinil ni bukan ubat stim ye. Die langsung x stimkan kepala cuma die bagi fokus. Sebab tu kt oversea modafinil digunakan untuk org2 yg mengalami masalah ADHD.

So kesimpulannya ialah, Modafinil tak sama langsung dgn NZT-48 macam dalam filem limitless tu. So jangan la tertipu bila baca kt blog yg modafinil ni sama mc NZT-48. Tu semua mitos je dan aku dah buktikan sendiri. Pada aku banyak cara lagi nk meningkatkan potensi otak kita ni selain dari pil chemical ni. 

Sindrom ADHD Orang Dewasa

Mungkin ramai yg masih belum tahu atau pernah dengar tentang sindrom ADHD bagi orang dewasa ataupun singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau juga dikenali sebagai Sindrom Kurang Daya Tumpuan Dan Hiperaktif. Sindrom ADHD ni lebih popular dikalangan kanak-kanak tapi ada juga yg menghidap sindrom ni dari kanak-kanak sehingga dewasa. Pada zaman sekarang ni boleh dikatakan ramai ibu bapa yg dah mula tahu dan sedar tentang sindrom ni. Berlainan dengan zaman aku budak2 dulu yg mana ibu bapa pada zaman tu (80's,90's) yg belum terdedah dengan kemajuan internet dan sebagainye kurang pengetahuan tentang sindrom ni.



Aku sebenarnya lebih kepada nk berkongsi kisah aku yg mungkin bersangkutan dengan sindrom ni. Sejak dari aku sekolah rendah sehingga la aku kenal dgn Isteri aku, ada satu persoalan tentang diri aku yg mmg tak terjawab. Sehinggalah aku kenal dengan isteri aku dan die menerangkan dan cuba merungkai persoalan yg lama terpendam dalam kepala hotak aku yg berjambul ni. Persoalan tu ialah kenapa aku tak bole fokus bila buat sesuatu perkara? Aku akan jd semakin tak mahir sedangkan pada mula aku menceburi sesuatu tu aku adalah sangat fast leaner. Semakin hari skill makin berkurang dan makin lama jadi makin teruk la senang cite. Aku bagi contoh la. Dalam kelas aku memang tak bole fokus lebih dari 15 minit. Kepala aku automatic akan melayang gi tempat lain dan time tu la aku akan berfantasi (bab fantasi jgn fikir yg bukan2 ye..haha).. Sejak dari sekolah rendah aku sangat minat dgn martial arts. Aku bermula dgn taekwando, seterusnya silat olahraga dan akhir sekali dgn silat cekak malaysia smpai la aku melanjutkan pelajaran kat politeknik pd. Kat poli pd aku pegang jawatan pengerusi persatuan seni silat cekak malaysaia politeknik port dickson pada tahun 2004. Mula2 dgn martial arts ni aku kira agak terer gak la. Bab taekwando aku mmg serba serbi terer la walaupun tak smpai black belt. Sejak dari sekolah rendah smpai sekolah menengah mmg keje nk bertumbuk je..haha..Biasa la tu kan budak2. Tapi start bila dgn silat olahraga,aku makin merosot. Masuk tournament pn kalah. Padahal opponent aku tu x terer mana pn. Time training aku bole kalahkan kawan2 aku yg juara2 tu. Jurulatih aku pn angkat beberapa org sebagai fighter dan salah sorng tu aku la. Tapi aku macam hilang fokus bila selalu buat benda yg sama. Aku x bole concentrate dan fikiran aku mudah terganggu. Dan paling ketara adalah aku sangat paranoid. Aku suka fikir kesan buruk berbanding kesan yg baik sebelum buat sesuatu perkara.

Bila aku mula kenal wife aku, die org pertama yg bg tau aku yg aku ni maybe ade sindrom hyperactive since aku kecik. Wife aku dulu satu tempat kerja dgn aku dan die selalu la memerhatikan aku. So that's why die wat kesimpulan macam tu. Sejak aku dpt tahu tentang sindrom hyperactive ni,aku mula la menggoogle tentang sindrom ni. Walaupun aku tak pernah jumpe doktor dan didignose oleh doktor professional, tapi tanda2 penghidap sindrom ADHD bagi orang dewasa tu banyak sgt kat aku. Antara tanda2 die ialah :-

1) Sukar mengurus tugasan dengan baik

2) Pelupa.

3) Tidak boleh beri tumpuan dalam perbincangan.

4) Hiperaktif.

5) Suka mengikut gerak hati.

6) Kemampuan mendengar yg rendah.

7) Perhatian mudah teralih.

8) Sering gelisah dan susah tenang.

9) Susah untuk memulakan sesuatu pekerjaan.

10) Sukar untuk memgatur priority.
Ini hanya sebahagian tanda2 yg aku ambil dari artikel2 yg berlainan. Actually korng boleh google lebih detail tentang tanda2 dan kaedah rawatan yg disyorkan.

Berbalik pada masalah sindrom ADHD ni. Aku tak pernak didignose oleh doktor atau mendapatkan apa2 rawatan dari doktor, cuma melalui pembacaan saja aku rasa aku mmg menghadapi masalah ni. Jadi aku pun sedar setiap ubat ada penawar dan setiap penyakit ada ubatnya. Aku pernah menyalah gunakan ubat2 untuk mendapatkan fokus. Ubat2 ni sebenarnye bole je dapat kat farmasi tp perlu perskripsi doktor (tapi aku x nk sebut ubat apa ye). Ubat ni aku gunakan dalam dos yg tinggi yg mana mmg memberikan aku fokus dalam masa beberapa jam. Tp kesan sampingannye yg paling ketara ialah ssh nk tidur dan hilang selera. So kesimpulannya pengambilan ubat2 kimia sangat tidak bagus ye. So aku prefer untuk mengubati diri aku sendiri secara semulajadi. Yang paling penting sekali ialah solat dan doa. Mohon pada Allah supaya masalah ni dapat diatasi. Aku pun banyak membaca buku motivasi dan salah satunya berjaya membuang sifat paranoid aku. Buku tu ialah "The Magic Of Thinking Big" yg ditulis oleh Dr David J.Schwartz. Selain tu aku pun mula belajar sesuatu perkara yg baru dari zero smpai boleh buat. Boleh buat je bukan expert ye..haha.. Aku juga suka hafal doa2. Ni tujuan die untuk menigkatkan daya fokus dan ingatan. Sekarang ni aku bukan la dah ok sepenuhnye cuma aku dh tau masalah aku dan aku tengah cuba mengatasi masalah aku tu. Dan aku yakin InsyaAllah kalau aku berterusan buat perkara2 yg disyorkan aku mmg boleh berjaya mengatasi masalah ni.



Ni la sedikit sebanyak yg aku bole share dgn korang. Apa yg perlu korang buat just baca la banyak artikel tentang sindrom ni. Bagi yg tak mampu untuk dapatkan rawatan doktor, korang bole google cara2 untuk menangani masalah ni. Pada aku issue paling besar bg sindrom adhd ni ialah paranoid,kurang daya tumpuan dan lemah daya ingatan. So korng mungkin bole cuba buat ni :-

1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin
Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak.
2. Tukar rutin harian
Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall paper, ikut jalan berlainan untuk pergi ke tempat biasa atau tempat kerja supaya otak lebih peka dan berfikir.
3. Tidur sekejap waktu siang
Kelebihan tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sudah menjadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada >1430 tahun yang lalu. Kini, kelebihan tidur sekejap waktu siang juga telah diakui oleh pakar kerana ia dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lama.
4. Minda fotograf
Ingatan diproses dan disimpan di kawasan berlainan dalam otak. Oleh itu, bagi membantu menguatkan ingatan, amalkan minda fotograf iaitu dengan cara tangkap gambar di minda menggunakan deria yang ada, seperti deria penglihatan (lihat dan ingat apa-apa yang anda lihat, perhatikan warna, tekstur, rupa bentuk yang unik, dsb. yang boleh mengingatkan anda sesuatu yang pernah dilihat.), deria bau (camkan bau-bau tertentu), deria rasa (camkan rasa tertentu) dan lain-lain.
Menggunakan minda fotograf ini dapat membantu anda mengingati sesuatu dalam tempoh yang lama.
5. Kurangkan makan
Kajian menunjukkan orang yang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan sebanyak 30% dapat skor ujian memori lebih baik 20% berbanding sebelumnya. Ini mungkin disebabkan oleh pengurangan tahap insulin dihasilkan kerana ia kurang diperlukan untuk memproses makanan yang berkurangan jumlahnya, dan juga pengurangan protein C-reaktif yang berkait dengan keradangan. Kedua-dua faktor ini dapat memperbaiki daya ingatan.
Kajian juga mendapati orang yang makan dengan diet Mediterranean iaitu makanan yang kaya dengan sayuran, kekacang, ikan dan minyak monotepu (seperti minyak zaitun), daging dan produk tenusu kurang lemak mempunyai risiko paling rendah menghadapi masalah kognitif dan penyakit Alzheimer.
6. Permainan latih otak
Permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain, dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan nyanyuk.
7. Layari internet
Beri masa bagi melayari internet dalam tempoh tertentu bagi melatih otak semasa mencari maklumat. Pakar neurologi yang bernama Gary Small (Pengarah di UCLA Memory & Aging Center, USA yang juga pengarang buku iBrain mengatakan bahawa melayari internet untuk mendapat sesuatu maklumat juga dianggap sebagai kursus latihan otak, terutamanya bagi orang-orang yang berumur antara 55 hingga 76 tahun. Ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan kerana maklumat yang banyak dalam minda/otak.
8. Berhenti sekejap untuk minum teh atau kopi
Teh hijau dan teh hitam memberi kesan perlindungan ke atas ingatan dengan cara mempengaruhi dan merangsang enzim di dalam otak supaya berfungsi. Kafein yang banyak dalam kopi pula meningkatkan konsentrasi. Namun begitu, jangan minum kafein secara berlebihan jika mahu mendapatkan manfaatnya, terutamanya bagi melambatkan fenomena nyanyuk pada hari tua.
9. Atasi depresi (kemurungan)
Depresi yang tidak dirawat boleh mengganggu memori/daya ingatan. Jika anda mengalami depresi, segera dapatkan nasihat dan rawatan doktor.
10. Amalkan multi-tasking (kerja pelbagai)
Multi-tasking atau kebolehan melakukan pelbagai kerja/tugas dalam satu masa boleh meningkatkan daya ingatan. Contohnya, dengar muzik atau radio sambil belajar. Dengan cara ini, ingatan boleh dikembalikan atau ditajamkan dengan mengingati sesuatu melodi tersebut. Jika tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa, anda perlulah belajar dan praktiskan.
11. Kawal tahap gula dalam darah
Kajiaan menunjukkan fungsi otak menjadi perlahan apabila tahap gula dalam darah naik. Ini kerana salur darah yang membekalkan darah ke otak rosak. Jika anda pengidap diabetes Type-2, tahap gula dalam darah perlu dikawal. Jika sekiranya anda bukan pesakit diabetes, berat badan yang normal perlu dijaga dengan mengamalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes.
12. Senaman mata
Gerakkan bola mata ke kiri dan ke kanan selama 30 saat sebagai senaman mata. Ini dapat membantu mencantumkan dua hemisfera otak. Apabila kedua-dua hemisfera otak dapat berkomunikasi dengan baik, maka sesetengah ingatan dapat dikembalikan atau dikeluarkan.
13. Makan sayuran hijau
Kekurangan folate dan vitamin B12 akan meninggikan risiko nyanyuk. Sayuran hijau pula merupakan sumber folate yang baik (contohnya, sayur salad, bayam, asparagus, parsley, brokoli, cauliflower (bunga kobis), beets dan sayur kacang) bagi mengurangkan nyanyuk. Selain itu, suplemen seperti vitamin C, gingko biloba, vitamin E dan kismis juga digalakkan.
14. Tangani apnea tidur
Orang yang mengalami apnea semasa tidur (iaitu keadaan yang melibatkan laluan udara tersumbat semasa tidur menyebabkan pernafasan terhenti sebentar) akan menyebabkan keadaan tisu di otak yang menyimpan memori akan merosot.
15. Belajar sesuatu yang baru
Dalam kehidupan seharian, banyak perkara atau aktiviti baru yang boleh dipelajari, selain daripada aktiviti yang biasa dilakukan secara rutin. Contohnya, permainan latihan minda yang baru, belajar bahasa baru, dan aktiviti-aktivi lain. Ini akan meningkatkan daya ingatan.
16. Berhenti merokok
Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.
17. Makan coklat hitam
Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Makanan lain yang mengandungi epicatechin ialah blueberries, anggur dan teh.
18. Letak barang-barang pada tempatnya
Ingatan kita juga perlu kepada sesuatu kedudukan barang yang biasa bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Contohnya, letakkan kunci, cermin mata, payung, remote control atau sebagainya di tempat yang sama setiap masa, jangan selalu diubah-ubah sana sini. Jika selalu ubah barang-barang yang digunakan setiap hari, boleh memeningkan kepala untuk mencarinya, terutama sekali kalau hendak cepat. Jika tenang dan fikirkan semula urutan kejadian tanpa gopoh, otak mampu berfungsi mengingatinya. Bagi memudahkan diri sendiri mengingati sesuatu perkara, temu janji atau peristiwa, buatlah nota peringatan.

Akhir sekali aku nak ingatkan. Jangan sekali-kali ambil dadah atau alkohol untuk mengatasi masalah ADHD ni. Memang benda2 tu bole bantu kita sikit tapi ingatlah yang benda2 tu bole menyusahkan kita banyak. Yang paling penting ingatlah yg benda2 tu HARAM :)

Aku Newbie.

Hi guys.. Aku ni newbie lagi dlm penulisan blog ni.. Baru2 la nk belajar coz tgk wife aku yg kalo asik mengadap pc je mesti update blog. Untuk pengetahuan korang aku adalah seorng shifter yg selalu kerja malam dan sangat takde benda nk dibuat di office bila dh masuk midnight. Bukan aku curi tulang tapi mmg aku kalo shift malam , aku akan settlekan semua tgas2 aku dulu sebelum aku wat benda lain.. Kene ingat gak, sebagai seorng Muslim kite kene la jujur dlm melaksanakan tugasan kita (dah macam pencetus ummah plak :P) So disebabkan bnyk masa aku yg terluang,aku rase better aku wat blog memandangkan aku bole share few thing yang maybe berguna untuk bacaan korang semua. Selamat membaca semua :)