Secara ringkas tentang filem ni. Kisah tentang seorng penulis yang mengalami berbagai tekanan dan masalah. Tapi setelah die diperkenal kan dengan sejenis pil NZT-48, hidup dia mengalami perubahan yg drastik. Dia menjadi seorng yg genius dan powerful. Kehidupan x lagi gelap seperti sebelumnya. Dia mula melihat keindahan hidup ni. Dapat belajar dgn pantas, dapat recall perkara2 lepas dgn pantas. Keupayaan otaknya dapat digunakan semaksimum yg boleh.Dari nobody dia jadi somebody. Tapi selepas kesan pil habis die kembali normal dan mengalami side2 effect yg sangat dahsyat. Korang yang belum tengok bole la cari movie ni coz mmg layan gile.
Persoalan tentang movie ni ialah tentang pil NZT-48 ni betul wujud ke? Aku banyak google tentang pil ni dan kesimpulannya pil NZT-48 ni hanya wujud dalam filem ni je..haha.. Actually member aku ckp pil ni more similar to dadah syabu atau ais, tapi aku mmg x tau coz aku mm x penah amik benda tu. Tapi selepas aku mengoogle lagi tentang NZT-48 ni, aku mendapati ramai yg cakap pil yg paling hampir sama dgn NZT-48 ni ialah pil "Modafinil" yang digelar smart drug di oversea.
Modafinil atau pun nama lainnya Provigil merupakan ubat yang digunakan bagi masalah tidur yg berlebihan dan sebagainya. Boleh juga digunakan bagi masalah2 seperti ADHD, ketagihan, mengurangkan selera makan dan banyak lagi. Tapi kebanyakan pengguna yang aku lihat di luar negara guna pil ni untuk tahan mata bg pekerja shift malam. Ada juga student yang guna pil ni untuk bg diorng fokus ketika belajar dan disebabkan itu la ia dipanggil the smart drug. Pil ni memang bole memberikan fokus yg tinggi pada penggunanya. Mengikut bahan bacaan aku, ubat ni x la mendatangkan ketagihan tapi masih mempunyai banyak kesan sampingan.
Disebabkan terlalu banyak membaca tentang pil ni, aku teringan plak nk mencuba. Nak la tau, betul ke bole jadi macam dalam filem limitless tu..haha.. So aku pun memulakan pencari di internet. Kebanyakan seller yg aku jumpe semua dari oversea. Dan yg paling murah adalah dari india. So aku terus mencari dan sekali terjumpe seller dalam satu forum ni. Seller tu bukan la supplier pil ni cuma die sebenarnye pengguna pil ni dulu dan die ada lebihan dalam 4 biji je. Jadi aku pun contact la die dan nk beli pil yg ada tu. dia jual aku utk 4 biji dgn harga Rm50. Aku just nk mencuba dan setelah mendapat Modafinil keluaran Sun Pharma tu, aku pun x tunggu lagi. First aku telan sebiji dan serious aku x rasa apa2 sgt selepas sejam. So lepas tu aku decide telan lagi satu biji dan selepas half an hour baru aku dapat rasa fokus coz aku telan tu masa tgh wat keje. Untuk pengetahuan korng modafinil ni bukan ubat stim ye. Die langsung x stimkan kepala cuma die bagi fokus. Sebab tu kt oversea modafinil digunakan untuk org2 yg mengalami masalah ADHD.
So kesimpulannya ialah, Modafinil tak sama langsung dgn NZT-48 macam dalam filem limitless tu. So jangan la tertipu bila baca kt blog yg modafinil ni sama mc NZT-48. Tu semua mitos je dan aku dah buktikan sendiri. Pada aku banyak cara lagi nk meningkatkan potensi otak kita ni selain dari pil chemical ni.
Dah macam syabu je ..hi hi hi...berangan jugak nak jadi powerfull Mcm Bradley Cooper tu...senang tengok chart...ha ha ha
ReplyDeleteAde jual dah pill nzt 48 di Lazada...tapi tak tahu sama ke tak fungsi nya