So selepas owner motor tu kaw tim dgn pomen kami bertiga pun berjumpa la untuk discuss. Tapi mamat builder tu tak bagi exect amount. Dia bnyk kali ulang bg nampak cutting motor dulu lps tu baru buat enjin. Die kata motor tu enjin xde problem coz die yg buat motor tu dari awal so die tau walaupun owner bnyk kali ckp motor semput dan nk kene tukar head. Aku pun bertambah yakin lepas aku tgk motor2 yg die pernah custom dan selepas beberapa hari aku pun beli la motor tu dgn harga Rm2700. Memandangkan motor tu macam dah x bnyk nk buat, aku estimate kos dalam Rm3000 untuk jadikan tracker.
Selepas settle urusan jual beli, owner lama terus hantar motor kt umah pomen memandangkan motor tu akan dicustom kt bengkel depan umh die je. Bukan bengkel sangat pun..huhu..
So bermulalah project custom kitorng. Aku pun join sekali tolong coz pomen ni ckp kalau nk cpt siap aku kene tolong dan memandangkan aku ingat die akan charge harga kasih sayang, aku pun willing untuk membantu. Kerja pun bermula dgn modified fork. Pomen pilih fork rxz untuk gantikan fork asal. Lampu bulat digantikan dgn lampu suzuki gp100 5inci. Selepas tu tayar swallow size 4.00, rim depan size 17 x 3.0 dan belakang 17 x 3.5. Memandangkan size tayar yg besar, swing arm pun kene tukar. Disebabkan aku x nk extend swing arm, aku pun pakai swing arm modenas kriss. Dalam masa tgh custom motor tu, bnyk la parts yg x sempurna n perlu custom contohnya tali minyak, brake blkg dan sebagainya. Selepas tu sampai la part u-loop dan seat.
Aku mula sedar yg aku dikencing masa part pomen ni welding u-loop. Nampak sgt kebangangan sbb welding main spot2 and tindih2 je. Pastu grind and welding balik. Hasil betul2 cam lahanat. Memang aku x pandai pasal pomen motor tp aku ni ex student politeknik dalam kejuruteraan mekanikal. So dgn ilmu welding sikit2 yg aku dpt dulu menyerlahkan kebangangan si builder ni yg sebenarnye penipu. Hasil u-loop dan seat mmg menyedihkan. Lagi buat aku x puas hati bila part nk pasang fender belakang rxs. Builder ni bole suruh aku mark part mana nk sambung tu. Mana la aku nk tau. Aku makin pelik sbb motor yg die kata die buat sebelum ni pun pakai fender rxs, tapi nape die cam x reti je nk pasang fender tu kt motor aku. So bertangguh la beberapa hari.
Disebabkan dah terasa diri ni di kencing, aku pun roger owner lama motor tu yg dh jadi kawan aku untuk tlg builder tu pasang fender dan buat apa2 yg patut sbb motor aku dh kt situ hampir 3 minggu. Tapi camne pun still x lengkap lagi. Tali minyak, lampu blkg, brake blkg, stand, handle longgar dan beberapa perkara masih belum settle. So hari masa hari terakhir motor tu kt umah pomen, aku dan owner lama motor tu pun settlekan beberapa parts. Pasang ekzos honda gbo dan pasang stand. Aku dah x bole tahan dan nk bwk motor balik gak haritu. Settle je aku dan owner lama terus bwk balik motor ke jln klang lama dan motor semput kaw2. Terpaksa la motor tu ditunda pakai kaki smpai umh aku.
Seterusnya aku pun roger member aku nk tanya pomen mana bole buat motor tu. So member aku rekomen kedai kat salak selatan. Aku sgt menyesal hantar motor kat situ. Sbb pomen ni lagi bangsat. Die dah tau aku lepas kene kencing, pastu die plak nk game aku lagi. Lepas kawtim bajet Rm1000, last sekali masa amik motor dah jadi Rm1500. Banyak part2 yg x perlu tukar tapi pomen ni tukar. Motor pun siap selepas sebulan lebih. Total aku dh abis termasuk harga motor hampir Rm8000.
Disebabkan motor masih x ngam dan aku dh estimate perlukan lebih kurang Rm1000 lagi utk overhaull motor, aku terpaksa ambil keputusan untuk jual dgn harga Rm5500. Itu pun lps sorng otai custom nasihatkan aku. Dia kata rugi kalau aku kluar duit lagi. Dia nasihatkan aku jual motor tu dan beli motor demak d7 classic sbb motor tu body sama macam honda cg125 dan engine part pun banyak yg sama macam cg. Tak sangka motor yg aku kutuk selama ni menjadi kegilaan aku skrg.. Aku pun terfikir syok gak amik demak d7, dh tentu baru, ada electric starter..huhu.. So aku pun jual la motor kesayangan aku tu walaupun hati masih berbelah bagi lagi sbb x decide lagi nk beli motor apa. So selepas iklankan kt fb and mudah, ada beberapa org whatsapp dan org pertama yg tgk motor tu terus beli. Aku cerita habis2 pasal motor tu dan apa masalah semua. Kisah seterusnya akan bersambung kemudian..
C
No comments:
Post a Comment