Wednesday, 8 November 2017

Cari duit hantaran kahwin

Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ke 4 perkahwinan aku.. Tapi memang tak dinafikan agak pening gak la masa nak buat persiapan perkahwinan termasuk la nak menyediakan duit hantaran. Aku pasti sesiapa yang bukan dari golongan anak orang berada atau yg bergaji tinggi atau kakitangan kerajaan tak merasa keperitan sangat dalam bab ni.


Aku mula kenal isteri aku masa sama2 kerja di eon bank jalan raja laut. Masa tu tahun 2010 dan aku dah masuk 27 tahun. Seperti biasa la lelaki ni kalau umur dah lebih 25 mmg dah start fikir nak berumah tangga la kan. So aku pun dah mula serious dan bg komitmen penuh sampai la aku ckp kat awek aku tu aku nk kawin dgn die. Masa ni aku mmg belum ade keje tetap lagi. Aku kerja contract dan mcm2 kerja la aku dah buat. Penah gak aku xde kerja dan kerja part sebagai driver. Tapi disebabkan keinginan untuk menamatkan zaman bujang tu kuat sgt, aku pun start la mencari kerja tetap. Dan rezeki aku dapat kerja tp masih contract utk setahun dekat sebuah company IT, Dataprep Holdings. Gaji pun agak memuaskan la skit bagi aku yg bujang masa tu. Umur pun masa ni dah masuk 29 tahun. So aku fikir aku mmg x bnyk masa dah sebab target aku nak kahwin sebelum umur 30 tahun.

So bermula la misi aku mencari duit kahwin. Target aku yang pertama mesti la personal loan. Tapi disebabkan aku kerja berstatus contract maka takda satu bank pun yg nak bg loan kat aku. So aku pening lagi memikirkan hal ni. Aku pun ada jugak la panjat tangga opis ahlong konon2 nk pinjam duit. Tapi lepas dengar total amount yang kene bayar balik terus cancel. Nasihat aku jgn la sesekali pinjam duit ahlong sbb korng mmg bole jatuh papa kedana woo!! Makin hari makin ligat kepala ni fikirkan cara nk collect duit cepat tp masih buntu lagi.

Bulan ogos 2012 aku bertunang dengan bermodalkan duit simpanan dalam Rm1300 camtu. Itu je lah duit yg aku ada dan lepas bertunang mmg pokai abis. Fikir punya fikir aku dpt idea. Aku biasa main kutu sebulan Rm100-200 camtu. Nape aku x ikat perut dan kumpul duit dgn cara main kutu? Setelah dapat geng2 yg setuju nak main kutu maka aku pun start la main kutu. Bayar kutu sebulan dah macam  bayar honda civic baru punye installment.. tak kesah la janji aku dapat kumpul duit untuk kawin. Aku nikah bulan feb 2013 dan duit kutu aku dpt sebulan sebelum tu.. ada dalam belas2 ribu gak la total yg aku dpt dari kutu tu.. Ada yang aku dah dapat awal tp lebur dek kerana skim cepat miskin.

Lepas selesai kenduri kahwin belah perempuan di taiping aku rasa agak lega skit. Selang sebulan berlangsung plak kenduri belah lelaki di seremban, negeri sembilan. Yang ni aku tak berapa nak pening la sebab kebanyakkannya sponsor dari family. 

Nasihat aku kepada brader2 yg nak kawin tu jangan la sesekali pinjam duit bank apa tah lagi duit ahlong. Sebab lepas kahwin ko akan lebih bnyak perlukan duit dan masa ni baru korng bole consider untuk wat personal loan dan sebagainya.


1 comment:

  1. Casino Royale - Live Dealer Games - Virgin Games
    Casino Royale is a 토토 live https://septcasino.com/review/merit-casino/ casino with a large, communitykhabar eclectic portfolio of casino games. Players can play poormansguidetocasinogambling.com this https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ game with live dealers,

    ReplyDelete