Wednesday, 8 November 2017

Cari duit hantaran kahwin

Alhamdulillah tahun ni dah masuk tahun ke 4 perkahwinan aku.. Tapi memang tak dinafikan agak pening gak la masa nak buat persiapan perkahwinan termasuk la nak menyediakan duit hantaran. Aku pasti sesiapa yang bukan dari golongan anak orang berada atau yg bergaji tinggi atau kakitangan kerajaan tak merasa keperitan sangat dalam bab ni.


Aku mula kenal isteri aku masa sama2 kerja di eon bank jalan raja laut. Masa tu tahun 2010 dan aku dah masuk 27 tahun. Seperti biasa la lelaki ni kalau umur dah lebih 25 mmg dah start fikir nak berumah tangga la kan. So aku pun dah mula serious dan bg komitmen penuh sampai la aku ckp kat awek aku tu aku nk kawin dgn die. Masa ni aku mmg belum ade keje tetap lagi. Aku kerja contract dan mcm2 kerja la aku dah buat. Penah gak aku xde kerja dan kerja part sebagai driver. Tapi disebabkan keinginan untuk menamatkan zaman bujang tu kuat sgt, aku pun start la mencari kerja tetap. Dan rezeki aku dapat kerja tp masih contract utk setahun dekat sebuah company IT, Dataprep Holdings. Gaji pun agak memuaskan la skit bagi aku yg bujang masa tu. Umur pun masa ni dah masuk 29 tahun. So aku fikir aku mmg x bnyk masa dah sebab target aku nak kahwin sebelum umur 30 tahun.

So bermula la misi aku mencari duit kahwin. Target aku yang pertama mesti la personal loan. Tapi disebabkan aku kerja berstatus contract maka takda satu bank pun yg nak bg loan kat aku. So aku pening lagi memikirkan hal ni. Aku pun ada jugak la panjat tangga opis ahlong konon2 nk pinjam duit. Tapi lepas dengar total amount yang kene bayar balik terus cancel. Nasihat aku jgn la sesekali pinjam duit ahlong sbb korng mmg bole jatuh papa kedana woo!! Makin hari makin ligat kepala ni fikirkan cara nk collect duit cepat tp masih buntu lagi.

Bulan ogos 2012 aku bertunang dengan bermodalkan duit simpanan dalam Rm1300 camtu. Itu je lah duit yg aku ada dan lepas bertunang mmg pokai abis. Fikir punya fikir aku dpt idea. Aku biasa main kutu sebulan Rm100-200 camtu. Nape aku x ikat perut dan kumpul duit dgn cara main kutu? Setelah dapat geng2 yg setuju nak main kutu maka aku pun start la main kutu. Bayar kutu sebulan dah macam  bayar honda civic baru punye installment.. tak kesah la janji aku dapat kumpul duit untuk kawin. Aku nikah bulan feb 2013 dan duit kutu aku dpt sebulan sebelum tu.. ada dalam belas2 ribu gak la total yg aku dpt dari kutu tu.. Ada yang aku dah dapat awal tp lebur dek kerana skim cepat miskin.

Lepas selesai kenduri kahwin belah perempuan di taiping aku rasa agak lega skit. Selang sebulan berlangsung plak kenduri belah lelaki di seremban, negeri sembilan. Yang ni aku tak berapa nak pening la sebab kebanyakkannya sponsor dari family. 

Nasihat aku kepada brader2 yg nak kawin tu jangan la sesekali pinjam duit bank apa tah lagi duit ahlong. Sebab lepas kahwin ko akan lebih bnyak perlukan duit dan masa ni baru korng bole consider untuk wat personal loan dan sebagainya.


Honda CG125 Tracker

Aku memang minat motor dari kecik lagi cuma mak aku je tak bagi aku pakai motor. Biasa la mak aku risau coz menunggang motorsikal ni risiko lebih tinggi. Tapi sejak kebelakangan ni aku tersangat2 nk ada sebijik motor walaupun dh ada sebijik scooter ego si kt umah yg bini aku beli. Aku bukan jenis yg gile dgn speed tp aku lebih minat kepada something yg style,yg rare dan akan jd tumpuan. So berbekalkan sedikit cash money aku pun mencari sebuah motorsikal yg bole dikira klasik la. Beberapa minggu mencari akhirnya aku jumpa dgn satu honda cg125 cafe racer dalam mudah.my. Aku pun start la whatsapp owner motor tu dan keesokannya aku gi usya motor tu. Owner motor ckp dia ada kenal builder yg bole custom motor tu jadi tracker dan tu yg buat hati aku nak sgt angkat motor tu terus. So aku ckp aku nk jumpa dulu builder tu utk discuss pasal kos utk custom motor tu.

So selepas owner motor tu kaw tim dgn pomen kami bertiga pun berjumpa la untuk discuss. Tapi mamat builder tu tak bagi exect amount. Dia bnyk kali ulang bg nampak cutting motor dulu lps tu baru buat enjin. Die kata motor tu enjin xde problem coz die yg buat motor tu dari awal so die tau walaupun owner bnyk kali ckp motor semput dan nk kene tukar head. Aku pun bertambah yakin lepas aku tgk motor2 yg die pernah custom dan selepas beberapa hari aku pun beli la motor tu dgn harga Rm2700. Memandangkan motor tu macam dah x bnyk nk buat, aku estimate kos dalam Rm3000 untuk jadikan tracker.
Selepas settle urusan jual beli, owner lama terus hantar motor kt umah pomen memandangkan motor tu akan dicustom kt bengkel depan umh die je. Bukan bengkel sangat pun..huhu..

So bermulalah project custom kitorng. Aku pun join sekali tolong coz pomen ni ckp kalau nk cpt siap aku kene tolong dan memandangkan aku ingat die akan charge harga kasih sayang, aku pun willing untuk membantu. Kerja pun bermula dgn modified fork. Pomen pilih fork rxz untuk gantikan fork asal. Lampu bulat digantikan dgn lampu suzuki gp100 5inci. Selepas tu tayar swallow size 4.00, rim depan size 17 x 3.0 dan belakang 17 x 3.5. Memandangkan size tayar yg besar, swing arm pun kene tukar. Disebabkan aku x nk extend swing arm, aku pun pakai swing arm modenas kriss. Dalam masa tgh custom motor tu, bnyk la parts yg x sempurna n perlu custom contohnya tali minyak, brake blkg dan sebagainya. Selepas tu sampai la part u-loop dan seat.

Aku mula sedar yg aku dikencing masa part pomen ni welding u-loop. Nampak sgt kebangangan sbb welding main spot2 and tindih2 je. Pastu grind and welding balik. Hasil betul2 cam lahanat. Memang aku x pandai pasal pomen motor tp aku ni ex student politeknik dalam kejuruteraan mekanikal. So dgn ilmu welding sikit2 yg aku dpt dulu menyerlahkan kebangangan si builder ni yg sebenarnye penipu. Hasil u-loop dan seat mmg menyedihkan. Lagi buat aku x puas hati bila part nk pasang fender belakang rxs. Builder ni bole suruh aku mark part mana nk sambung tu. Mana la aku nk tau. Aku makin pelik sbb motor yg die kata die buat sebelum ni pun pakai fender rxs, tapi nape die cam x reti je nk pasang fender tu kt motor aku. So bertangguh la beberapa hari.

Disebabkan dah terasa diri ni di kencing, aku pun roger owner lama motor tu yg dh jadi kawan aku untuk tlg builder tu pasang fender dan buat apa2 yg patut sbb motor aku dh kt situ hampir 3 minggu. Tapi camne pun still x lengkap lagi. Tali minyak, lampu blkg, brake blkg, stand, handle longgar dan beberapa perkara masih belum settle. So hari masa hari terakhir motor tu kt umah pomen, aku dan owner lama motor tu pun settlekan beberapa parts. Pasang ekzos honda gbo dan pasang stand. Aku dah x bole tahan dan nk bwk motor balik gak haritu. Settle je aku dan owner lama terus bwk balik motor ke jln klang lama dan motor semput kaw2. Terpaksa la motor tu ditunda pakai kaki smpai umh aku.

Seterusnya aku pun roger member aku nk tanya pomen mana bole buat motor tu. So member aku rekomen kedai kat salak selatan. Aku sgt menyesal hantar motor kat situ. Sbb pomen ni lagi bangsat. Die dah tau aku lepas kene kencing, pastu die plak nk game aku lagi. Lepas kawtim bajet Rm1000, last sekali masa amik motor dah jadi Rm1500. Banyak part2 yg x perlu tukar tapi pomen ni tukar. Motor pun siap selepas sebulan lebih.  Total aku dh abis termasuk harga motor hampir Rm8000.

Disebabkan motor masih x ngam dan aku dh estimate perlukan lebih kurang Rm1000  lagi utk overhaull motor, aku terpaksa ambil keputusan untuk jual dgn harga Rm5500. Itu pun lps sorng otai custom nasihatkan aku. Dia kata rugi kalau aku kluar duit lagi. Dia nasihatkan aku jual motor tu dan beli motor demak d7 classic sbb motor tu body sama macam honda cg125 dan engine part pun banyak yg sama macam cg. Tak sangka motor yg aku kutuk selama ni menjadi kegilaan aku skrg.. Aku pun terfikir syok gak amik demak d7, dh tentu baru, ada electric starter..huhu.. So aku pun jual la motor kesayangan aku tu walaupun hati masih berbelah bagi lagi sbb x decide lagi nk beli motor apa. So selepas iklankan kt fb and mudah, ada beberapa org whatsapp dan org pertama yg tgk motor tu terus beli. Aku cerita habis2 pasal motor tu dan apa masalah semua. Kisah seterusnya akan bersambung kemudian..

C